Majlis Perpisahan Staf Pelaksana FBMK | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Perpisahan Staf Pelaksana FBMK

Majlis Perpisahan Staf Pelaksana FBMK

UPM SERDANG, 25 JULY 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Perpisahan Staf Pelaksana FBMK iaitu Wan Noor Amisya Wan Mohamad sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Misya sepanjang bersama warga FBMK.

Suasana majlis dipenuhi dengan emosi, keakraban dan syukur. Dari awal majlis, tetamu disambut dengan persembahan multimedia yang memaparkan kenangan manis dan detik-detik penting sepanjang perkhidmatan beliau. Tayangan video tersebut nyata menyentuh hati ramai dan mencetuskan air mata kegembiraan serta penghargaan.

Antara pengisian menarik majlis termasuklah penyampaian cenderamata kenang-kenangan oleh kakitangan dan sesi 'open mic' di mana rakan-rakan diberi ruang untuk berkongsi pengalaman manis serta kata-kata semangat buat Misya.

Seluruh warga FBMK mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat Misya sekali gus terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.

 

Tarikh Input: 30/07/2025 | Kemaskini: 30/07/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (10:58:00am-11:03:00am, 23 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]