Majlis Perpisahan Staf Dan Pelajar Latihan Industri FBMK | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Perpisahan Staf dan Pelajar Latihan Industri FBMK

Majlis Perpisahan Staf dan Pelajar Latihan Industri FBMK

UPM SERDANG – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, telah menganjurkan Majlis Perpisahan Staf dan Pelajar Latihan Industri 2024 di Bilik Seri Amar, FBMK.

Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada staf FBMK yang akan meneruskan khidmat mereka di pusat tanggungjawab (PTJ) baharu. Selain itu, pelajar latihan industri FBMK yang telah berjaya menyelesaikan tempoh latihan industri mereka sehingga 6 September 2024 turut diraikan dalam majlis penuh bermakna ini Majlis turut dihadiri oleh Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, bersama ahli pengurusan dan staf fakulti, sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan oleh staf dan pelajar latihan industri sepanjang tempoh mereka di FBMK.

Dalam ucapannya, Dekan FBMK menyatakan rasa terima kasih atas komitmen dan usaha gigih yang telah dicurahkan oleh mereka, yang telah menyumbang kepada kejayaan dan kelangsungan fakulti. Kami, warga FBMK, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf dan pelajar latihan industri atas sumbangan yang tidak ternilai sepanjang mereka bersama kami. Selamat maju jaya dalam segala usaha dan perjalanan masa depan. Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi!

Tarikh Input: 03/12/2024 | Kemaskini: 03/12/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (05:49:47pm-05:54:47pm, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]