Majlis Perpisahan Dan Penghargaan Pelajar Latihan Industri FBMK | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Majlis Perpisahan dan Penghargaan Pelajar Latihan Industri FBMK

Majlis Perpisahan dan Penghargaan Pelajar Latihan Industri FBMK

Serdang, 4 September- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Penghargaan bagi meraikan pelajar latihan industri yang menamatkan latihan mereka di fakulti.

Pada Jumaat, 29 Ogos 2025, FBMK meraikan perpisahan Nurin Afiqah binti Umar Hasim, pelajar Diploma Pengurusan Pejabat dari International Islamic College (IIC) yang menjalani latihan industri bermula 3 Jun hingga 29 Ogos 2025.

Sementara itu, pada Rabu, 3 September 2025, fakulti turut meraikan lima lagi pelajar yang menyelesaikan latihan industri mereka, iaitu Naim Fikri bin Abdul Rahim, pelajar Sarjana Arkeologi dari Universitas Gadjah Mada (Semester 2), serta Timothy Joel Anak Garan, Danial Osama Wafi bin Daud, Muhammad Shahrul Ikmal bin Hassan dan Muhammad Nazmi bin Mardi, kesemuanya pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dan Seni Reka dari UiTM Puncak Alam (Semester 2).

Majlis sederhana dan bermakna ini diadakan sebagai tanda penghargaan fakulti terhadap sumbangan tenaga, idea dan komitmen yang telah diberikan oleh para pelajar sepanjang tempoh latihan industri. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi nilai tambah kepada tugasan di fakulti, malah turut mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan warga FBMK.

FBMK UPM merakamkan ucapan terima kasih atas segala usaha yang telah dicurahkan dan berharap agar pengalaman serta ilmu yang diperoleh sepanjang bersama fakulti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, sekali gus menjadi bekalan berharga dalam menempuh kerjaya masa hadapan.

Tarikh Input: 04/09/2025 | Kemaskini: 04/09/2025 | amyra

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (05:06:46am-05:11:46am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]