Majlis Perasmian Program Memupuk Pembacaan Karya Agung Melayu Dalam Kalangan Belia | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Perasmian Program Memupuk Pembacaan Karya Agung Melayu dalam Kalangan Belia

Majlis Perasmian Program Memupuk Pembacaan Karya Agung Melayu dalam Kalangan Belia

UPM SERDANG - Majlis Perasmian Program Memupuk Pembacaan Karya Agung Melayu dalam Kalangan Belia telah berjaya diadakan pada 4 November 2024 di Auditorium Rashdan Baba, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini, di bawah anjuran antara Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan Yayasan Karyawan, bertujuan meningkatkan minat belia terhadap karya agung Melayu serta memperkukuhkan penghayatan mereka terhadap warisan bahasa, sastera, dan budaya.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, yang menekankan pentingnya karya agung Melayu sebagai asas kepada identiti bangsa.
Lebih daripada 100 orang peserta daripada lima buah sekolah menengah telah menyertai Pertandingan Bercerita Karya Agung Melayu dan Pertandingan Video Pendek Karya Agung Melayu yang telah dilaksanakan secara dalam talian pada 25 September 2024 sehingga 25 Oktober 2024.
 
Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang. Dan ucapan penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.
May be an image of 7 people and text
May be an image of 6 people, dais and text
 

Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (05:34:40am-05:39:40am, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]