Majlis Perasmian Pameran Warisan Budaya Busana Bonda | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Majlis Perasmian Pameran Warisan Budaya Busana Bonda

Majlis Perasmian Pameran Warisan Budaya Busana Bonda

UPM SERDANG – Majlis Perasmian Pameran Warisan Budaya Busana Bonda telah berlangsung dengan penuh meriah semalam di Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, UPM. Turut hadir mengiringi beliau ialah Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim; Sasterawan Negara, Datuk Dr. Siti Zainon Ismail; dan Pengarah Pameran, Dr. Yuhanis Mohd Nasir. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan, termasuk Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala, Puan Hanisah Jonoh, wakil Arkib Negara, serta ahli pengurusan fakulti.

Acara perasmian menjadi lebih istimewa dengan gimik menarik apabila tiga staf fakulti memperagakan busana tradisional daripada koleksi peribadi Datuk Dr. Siti Zainon Ismail. Beliau turut berkongsi kisah menarik di sebalik busana tersebut, memberikan inspirasi kepada para hadirin.

Pameran Busana Bonda ini bertujuan untuk memperkenalkan serta mendalami makna di sebalik keindahan busana tradisional Melayu wanita. Inisiatif ini bukan sahaja memelihara warisan budaya, tetapi juga menghidupkan semula nilai sejarah busana tradisional yang berpotensi dilupakan oleh generasi muda.

Tarikh Input: 09/12/2024 | Kemaskini: 09/12/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (07:51:56am-07:56:56am, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]