
UPM SERDANG, 2 JUN 2025 - Stadium Universiti Putra Malaysia menjadi saksi berlangsungnya Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2025 yang penuh semangat dan meriah. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Muhazzam bin Mansor, Pendaftar UPM, Pn. Siti Amira binti Shukor, Bursar UPM, Prof. Dr. Mohammad Hamiruce bin Marhaban, Pengarah Akademi Sukan UPM, serta En. Muhammad Malik bin Ahmad Tobias, Timbalan Pengarah Pengembangan Atlet dan Staf, Akademi Sukan, UPM.
Sebanyak lapan gabungan PTJ telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan pembukaan, menampilkan semangat kesukanan dan perpaduan antara staf pelbagai fakulti dan jabatan.
Gabungan G2, yang terdiri daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Fakulti Pertanian (FPP), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Akademi Sukan (AS), Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Institut Tropika dan Sekuriti Makanan (INTROP), dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), telah berjaya meraih tempat keempat dalam pertandingan perbarisan.
Tahniah kepada semua kontinjen atas penyertaan yang bersemangat dan semoga kejohanan ini terus menyemarakkan budaya hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga UPM.



Tarikh Input: 02/07/2025 | Kemaskini: 02/07/2025 | amisya

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia