SERDANG, 2 September- Majlis Penutupan 13th Malaysia International Conference on Languages, Literatures, and Cultures (MICOLLAC 2025) telah diadakan di St. Giles Wembley Penang, Pulau Pinang dengan tema “Bridging Words and Worlds: Dynamic Dialogues in Languages, Literatures and Cultures”.

Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran Pengerusi MICOLLAC 2025, Prof. Madya Dr. Hardev Kaur Jujar Singh, serta Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Arbaayah Ali Termizi.

Turut hadir menyampaikan syarahan jemputan ialah Prof. Dr. Hsu-Ming Teo dari Macquarie University, Australia dan Dr. Maya Kόvskaya dari Chiang Mai University, Thailand.
Majlis penutupan turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa serta peserta MICOLLAC 2025 yang terdiri daripada penyelidik, sarjana dan pengamal akademik dari dalam dan luar negara.
Penganjuran MICOLLAC 2025 sekali lagi menegaskan komitmen FBMK, UPM sebagai peneraju dalam memperkukuh wacana bahasa, kesusasteraan dan budaya di peringkat antarabangsa.
Tarikh Input: 02/09/2025 | Kemaskini: 02/09/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia