Majlis Apresiasi FBMK 2025 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Apresiasi FBMK 2025

Majlis Apresiasi FBMK 2025

UPM SERDANG, 26 APRIL 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Majlis Apresiasi FBMK 2025 bagi menghargai sumbangan dan pencapaian cemerlang warga fakulti sepanjang tahun 2024.

Majlis ini turut menyaksikan penganugerahan sijil penghargaan kepada penerima dalam pelbagai kategori seperti berikut:

  1. Penerima Geran Penyelidikan (Geran Putra, Geran Kementerian dan Geran Antarabangsa)
  2. Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi (Kategori Q1 & Q2)
  3. Penerbitan Tertinggi Jurnal CIJ Mengikut Jabatan
  4. Penerbitan Buku dan Bab dalam Buku Penyelidikan
  5. Pencapaian Harta Intelek (Hak Cipta)
  6. Ketua Projek Jaringan Komuniti Berimpak Tinggi (Penarafan 5 Bintang)
  7. Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
  8. Pemenang Pertandingan Inovasi EKSA FBMK

Majlis ini menjadi manifestasi penghargaan atas dedikasi dan komitmen warga FBMK dalam memartabatkan kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan pengurusan fakulti.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan sijil penghargaan. Lensa fakulti turut merakam momen-momen istimewa sepanjang majlis berlangsung.

 

 

Tarikh Input: 26/04/2025 | Kemaskini: 26/04/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (10:24:37pm-10:29:37pm, 20 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]