Majlis Apresiasi FBMK 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Apresiasi FBMK 2024

Majlis Apresiasi FBMK 2024

UPM SERDANG - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi FBMK 2024 bertempat di Dewan Raya, Bangi Golf Resort. Majlis makan malam ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan ahli pengurusan serta staf pelaksana yang telah menjayakan pelbagai program fakulti sepanjang tahun 2024.


Kemuncak majlis adalah penyampaian anugerah kepada staf pelaksana yang terpilih sebagai tanda pengiktirafan atas usaha gigih dan dedikasi mereka sepanjang tahun di FBMK. Acara cabutan bertuah dan pertukaran hadiah turut menambahkan keterujaan dan keceriaan dalam kalangan para tetamu.


Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh dua orang pelajar UPM, yang telah mendendangkan lagu dengan merdu, menjadikan persembahan tersebut antara acara utama yang menyemarakkan suasana malam Majlis Apresiasi FBMK 2024.
Majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan atas jasa yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2024, tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara warga fakulti.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini serta kepada staf pelaksana yang hadir menyerikan dan memeriahkan lagi Majlis Apresiasi FBMK 2024. Semoga majlis ini memberikan kenangan manis dan menyuntik semangat baharu buat semua warga FBMK untuk terus lebih bermotivasi dan cemerlang menghadapi tahun 2025.

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text

Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (09:30:30pm-09:35:30pm, 07 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]