Majlis Anugerah Kecemerlangan FBMK Edisi VI (MAKFBMKVI) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Majlis Anugerah Kecemerlangan FBMK Edisi VI (MAKFBMKVI)

Majlis Anugerah Kecemerlangan FBMK Edisi VI (MAKFBMKVI)

UPM SERDANG, 17 JUN 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan FBMK Edisi VI (MAKFBMKVI) pada 13 Jun 2025, bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FALCOMM) sesi 2024/2025. Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang. Majlis ini turut menjadi platform penting dalam menyemai semangat kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa serta mendorong mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi dari masa ke semasa.

Antara kategori anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Naib Canselor, yang diberikan kepada pelajar yang mencapai keputusan akademik paling cemerlang di peringkat universiti. Selain itu, Anugerah Kepujian Dekan turut disampaikan kepada para pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang bagi setiap program di bawah jabatan masing-masing sebagai tanda penghargaan atas pencapaian akademik mereka yang membanggakan.

Selain sebagai tanda penghargaan, majlis ini juga menjadi bukti komitmen FBMK dalam menghargai usaha gigih para pelajar, di samping memperkukuh budaya kecemerlangan akademik dalam kalangan warga fakulti. Diharapkan penganjuran majlis seperti ini dapat terus dilestarikan sebagai inspirasi dan pemangkin motivasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencapai prestasi terbaik dalam pengajian mereka.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan.

Tarikh Input: 17/06/2025 | Kemaskini: 18/06/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (07:51:39am-07:56:39am, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]