Lawatan SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi Ke FBMK, UPM | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Lawatan SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi ke FBMK, UPM

Lawatan SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi ke FBMK, UPM

UPM SERDANG, 23 JUN 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan seramai 43 orang pelajar dan guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Ahmad Badawi, Pulau Pinang dalam satu program lawatan akademik yang bermakna.

Sepanjang lawatan ini, para pelajar telah mengikuti sesi taklimat akademik yang disampaikan oleh Puan Nor Fatin Farhana Mohamed Shukri, Pegawai Eksekutif 3, yang memberi pendedahan berkenaan program pengajian, kemudahan pembelajaran serta suasana kampus di FBMK.

Delegasi turut berpeluang melawat Muzium Warisan Melayu, iaitu salah satu aset penting UPM dalam memelihara dan memaparkan khazanah budaya masyarakat Melayu melalui koleksi artifak, perabot tradisional dan dokumentasi sejarah yang bernilai tinggi.

FBMK berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap lawatan tersebut dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta mencetuskan minat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa, komunikasi dan warisan budaya pada masa hadapan.

 

Tarikh Input: 23/06/2025 | Kemaskini: 23/06/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (05:22:13am-05:27:13am, 01 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]