Lawatan Putra Experience Ke Melaka, Bandaraya Bersejarah | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Lawatan Putra Experience ke Melaka, Bandaraya Bersejarah

Lawatan Putra Experience ke Melaka, Bandaraya Bersejarah

8 JANUARI 2025, MELAKA - Pada 2 Januari 2025, seramai 21 orang pelajar antarabangsa yang menyertai program Putra Experience sesi 2024/2025 telah mengadakan lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini diiringi oleh Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad dan Dr. Wan Anita Wan Abas.


Destinasi utama lawatan ini termasuk Muzium Sejarah Melaka dan Muzium Istana Melaka, yang menjadi simbol penting dalam menggambarkan sejarah gemilang Tanah Melayu dan perkembangan budaya Malaysia. Di Muzium Sejarah Melaka, para pelajar berpeluang menelusuri perjalanan sejarah Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal pada abad ke-15. Sementara itu, kunjungan ke Muzium Istana Melaka memberi mereka gambaran tentang kehidupan dan pentadbiran kesultanan Melaka yang penuh adat dan tradisi.


Lawatan ini bukan sahaja bertujuan memperkukuhkan hubungan antarabangsa tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami lebih mendalam tentang asal-usul budaya, tradisi, dan sejarah Malaysia.


Aktiviti ini menjadi satu pengalaman pembelajaran yang interaktif dan bermakna, di mana pelajar dapat menghargai kekayaan warisan tanah air yang menjadi teras kepada identiti Malaysia.

May be an image of 6 people and temple

Tarikh Input: 08/01/2025 | Kemaskini: 08/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (11:41:37pm-11:46:37pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]