Lawatan Penanda Aras EKSA FBMK Ke Majlis Perbandaran Sepang | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA FBMK ke Majlis Perbandaran Sepang

Lawatan Penanda Aras EKSA FBMK ke Majlis Perbandaran Sepang

UPM SERDANG, 21 MEI 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) pada 20 Mei 2025 sempena pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Lawatan ini telah bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Auditorium Taman Tasik Cyberjaya.

Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Puan Zuhaileen binti Abdul Rashid, Penolong Pengarah Unit Korporat dan Perhubungan Awam merangkap Penyelaras EKSA MPSepang. Delegasi FBMK kemudiannya dibawa meninjau ruang pejabat Jabatan Landskap, Perpustakaan Majlis Perbandaran Sepang dan Taman Kucing @ Cyberjaya sebagai sebahagian daripada sesi perkongsian amalan terbaik EKSA.

Turut hadir memeriahkan lawatan ini ialah Pengarah Jabatan Landskap, Cik Arefah binti Rahim serta Ahli Jawatankuasa Induk EKSA MPSepang yang juga memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan EKSA di zon masing-masing. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menimba pengalaman serta mendapatkan inspirasi dalam memperkukuh pelaksanaan EKSA di FBMK, khususnya melalui pendekatan sistematik dan lestari yang telah berjaya dilaksanakan oleh MPSepang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MPSepang atas kesudian menerima kunjungan ini dan berkongsi pengalaman berharga. Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan jalinan kerjasama serta menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan pelaksanaan EKSA buat kedua-dua agensi.

Tarikh Input: 21/05/2025 | Kemaskini: 21/05/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (07:25:49am-07:30:49am, 13 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]