Lawatan Dari SMK Pekan Baru Muar, Batu Pahat | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Lawatan dari SMK Pekan Baru Muar, Batu Pahat

Lawatan dari SMK Pekan Baru Muar, Batu Pahat

UPM SERDANG, 23 MEI 2024 - Seramai 42 orang pelajar dari SMK Pekan Baru Muar, Batu Pahat, Johor, bersama-sama dengan 7 orang guru iringan, telah mengadakan lawatan akademik ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 20 Mei 2024.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat akademik yang diadakan di Auditorium Za'ba, FBMK. Taklimat tersebut disampaikan oleh Dr. Siti Ramizah Khairunnisa Mohd Radzi, yang memberikan pendedahan mendalam mengenai pelbagai program yang ditawarkan di fakulti tersebut.

Selain daripada taklimat akademik, para pelawat juga dibawa untuk melawat PutraFM, di mana mereka berpeluang merasai sendiri pengalaman dan suasana bekerja dalam konti radio. Lawatan diteruskan ke Muzium Warisan Melayu yang memberikan peluang kepada mereka untuk mengenali dan menghayati harta warisan budaya Melayu yang kaya dan unik.

Pihak Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mengucapkan terima kasih kepada SMK Pekan Baru Muar kerana memilih fakulti ini sebagai salah satu destinasi lawatan akademik mereka. Lawatan seperti ini diharapkan dapat memberikan inspirasi dan maklumat berharga kepada para pelajar dalam merancang masa depan akademik mereka.

Tarikh Input: 23/05/2024 | Kemaskini: 23/05/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (09:31:28am-09:36:28am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]