
UPM SERDANG - Seramai 110 orang staf dan pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah terlibat dalam latihan pengungsian bangunan yang diketuai oleh Ketua Pentadbir Fakulti, Puan Saliza Mustafa. Latihan ini dijalankan untuk memastikan kesiapsiagaan warga FBMK dalam menghadapi situasi kecemasan.
Keputusan latihan ini adalah memuaskan, di mana warga FBMK menunjukkan kepekaan dan kecekapan untuk bertindak dengan pantas sebaik sahaja loceng kecemasan dibunyikan, memastikan kelancaran proses pengungsian bangunan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam latihan ini dan berharap kejadian seperti ini dapat terus meningkatkan kesedaran dan kecekapan dalam keselamatan di tempat kerja.


Tarikh Input: 03/12/2024 | Kemaskini: 03/12/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia