Kosmo, Nur Shafika Bakal Beraksi Di Piala Dunia Hoki 5S | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Kosmo, Nur Shafika Bakal Beraksi Di Piala Dunia Hoki 5S

Kosmo, Nur Shafika Bakal Beraksi Di Piala Dunia Hoki 5S

Sejak kecil, Nur Shafika Ahmad Kamil sudah terdedah kepada sukan hoki. Ini kerana pada ketika itu, kakaknya terlebih dahulu terlibat dengan sukan tersebut dan dia juga menanam minat yang sama.
 
“Saya mula terlibat secara serius dengan sukan hoki sejak berusia 10 tahun lagi ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman, Terengganu."
 
“Saya boleh katakan kakaklah menjadi sebab utama saya terlibat dalam sukan ini kerana saya sering melihatnya beraksi,” kata Nur Shafika, 21, yang kini merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada K2.
 
Mungkin imej 4 orang dan teks

Tarikh Input: 16/01/2024 | Kemaskini: 16/01/2024 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeSAx~