Kem Bestari Jawi 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Kem Bestari Jawi 2024

Kem Bestari Jawi 2024

UPM SERDANG – Program Semarak Jawi yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang pada 13 Ogos 2024 yang  lalu, dengan ucaptama oleh Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBMK). Majlis perasmian tersebut telah berlangsung di Dewan Nik Mohd Mohyideen Musa, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Seiring dengan misi memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat, program ini juga menampilkan Kem Bestari Jawi yang diadakan selama dua hari, dari 13 hingga 14 Ogos 2024. Kem ini bertujuan untuk memupuk minat dan kemahiran peserta dalam mempelajari tulisan Jawi, selain memberi peluang kepada mereka untuk mendalami sejarah dan warisan budaya Melayu melalui pendekatan interaktif dan pendidikan.

Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, peserta berpeluang meneroka keindahan seni Jawi dan memahami peranannya dalam sejarah masyarakat Melayu. Program ini diharapkan mampu menyemai kecintaan terhadap tulisan Jawi dan warisan budaya Melayu, serta membentuk generasi yang menghargai identiti bangsa.

Tarikh Input: 14/11/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (10:38:23pm-10:43:23pm, 17 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]