Kejohanan Boling Kelab Kebajikan & Sosial (KeKS) FBMK UPM 2019 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Kejohanan Boling Kelab Kebajikan & Sosial (KeKS) FBMK UPM 2019

Kejohanan Boling Kelab Kebajikan & Sosial (KeKS) FBMK UPM 2019

Putrajaya - Kejohanan Boling 2019 menjadi medan komunikasi dan persefahaman yang terbaik dalam membentuk warga kerja FBMK UPM yang bermuafakat. Aktiviti yang mendapat sambutan dalam kalangan staf FBMK ini anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial, Fakulti Bahasa Moden di Wangsa Bowl@IOI City Mall Putrajaya.

 

Antara staf FBMK yang hadir memeriahkan Kejohanan Boling 2019

 

“Keseronokan sambil bermain secara berpasukan dalam kejohanan boling ini menjadikan semua yang datang dapat menunjukkan bakat bermain, saling bekerjasama untuk mendapat markah yang tertingi. Secara langsung, aktiviti ini melibatkan staf pentadbir dan akademik di FBMK dalam keadaan santai dan ceria”, Muhamad Khairizal Mohd Khalizan, Pengarah Kejohanan Boling Kelab Kebajikan & Sosial FBMK 2019.

 

Semua pemenang yang bergambar dengan hadiah masing masing

 

Keputusan kejohanan menyaksikan Kumpulan 1 terdiri daripada    Abdul Halim Mat Daud, Sakinatul Husna, Noorliza Abdul Malek, Noor Afiqah Che Soh dan Siti Noor Aisyah Nazarrudin muncul menjadi juara. Tempat kedua berpihak kepada Kumpulan 2 iaitu Ali Ismail, Nasaruddin Abu Bakar, Nurul Huda, Ellyana dan Ku Fauziah Ku Mahmud.  Manakala, Kumpulan 6 yang dianggotai oleh Mohd Azali Saad, Nurfarahin Hashim, Siti Aishah Shahadan, Che Tom Md Nohdan Rohimi Noor di tempat ketiga.

Keputusan individu lelaki terbaik dimenangi oleh Mohd Azali Saad, Ali Ismail dan Mohd Saifuddin Md Rasul. Diikuti, Noorliza Abdul Malek, Zailatul Azreena Che Zainal dan Zaliza Ishak pula diumumkan pemenang keputusan individu wanita terbaik.

 Kejohanan ini menjadi aktiviti sulung Kelab Kebajikan dan Sosial , FBMK 2019-2021 di bawah pimpinan Razali Morat sebagai Pengerusi, Nurfitriyah Abu Hassan (Timbalan Pengerusi), Zaliza Ishak  (Setiausaha), Fazilanorintan Saleh (Timbalan Setiausaha), Suhearyaniza Mat Hussin dan Che Tom Md Noh (Bendahari ) dan Wan Anita Wan Abas, Siti Noor Aisyah Nazarrudin, Zailatul Azreena Che Zainal dan Muhamad Khairizal Mohd Khalizan  sebagai AJK.

Tarikh Input: 11/04/2019 | Kemaskini: 11/04/2019 | ewan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEUMAn~