Juara Pertandingan Pantun Pertanian Piala Presiden (TUNAS) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Juara Pertandingan Pantun Pertanian Piala Presiden (TUNAS)

Juara Pertandingan Pantun Pertanian Piala Presiden (TUNAS)

 

UPM SERDANG, 24 JUN 2024 - Tahniah diucapkan kepada pasukan pemantun pelajar Siswazah UPM yang terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu Mohd Muzammil Ab Rahim, Nurul Syifaarinah Binti Azahar dan Ben Alezender yang telah dinobatkan sebagai Juara dalam Pertandingan Pantun TUNAS.

Pertandingan pantun yang dianjurkan oleh Kokurikulum Berkredit, Pusat Kokurikulum UPM, Fakulti Pertanian & Permaitani ini telah disertai oleh ramai pelajar-pelajar UPM. Pemantun pertama pasukan ini, Mohd Muzammil Ab Rahim, juga telah dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik dalam pertandingan ini.


Sekali lagi seluruh ahli pengurusan dan warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan ini.

Tarikh Input: 24/06/2024 | Kemaskini: 24/06/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (09:44:13pm-09:49:13pm, 23 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]