Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022

Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022

8 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pembuka gelanggang Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR).
Siri 1 Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia ini juga direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan daripada beberapa universiti awam yang lain antaranya Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Perlis serta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Naib Canselor UPM, Yh Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman Berkata program ini dapat menyerlahkan kecaknaan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk sentiasa membugarkan semangat patriotisme, dan rasa kecintaan terhadap negara yang berdaulat ini.
“Meskipun UPM berorentasikan bidang pertanian, namun iltizam untuk mengangkat martabat bahasa, sastera dan budaya sama sekali tidak diabaikan.
“Saya berkeyakinan program ini mampu mewujudkan semangat kecintaan kepada negara dan menyebarluaskan semangat perjuangan melalui puisi,” katanya dalam ucapan pelancaran Siri 1 Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia di Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).
Dalam pada itu, beberapa barisan pensyarah FBMK UPM turut mendeklamasikan puisi masing-masing bagi memeriahkan lagi program Jelajah Merdeka Siri 1 ini.
Turut hadir, Sasterawan Negara, Dato’ Rahman Shaari, Timbalan Naik Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad. - UPM
 
 
 

Tarikh Input: 10/08/2022 | Kemaskini: 10/08/2022 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXETXAX~