Pada 22 Feb hingga 13 Mac yang lalu, seramai 23 orang pelajar program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis yang dibimbing oleh Prof Madya Dr. Hazlina Abdul Halim daripada Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah berangkat ke Perancis untuk program mobiliti selama 19 hari.
![]() |
Program ini bertujuan adalah untuk:
i) memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar tentang bahasa dan budaya Perancis
ii) mengukuhkan kemahiran komunikasi bahasa Perancis pelajar melalui aktiviti di dalam dan luar kelas
iii) membina kemahiran insaniah dan menguatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar
![]() |
Oleh yang demikian, disamping terlibat dengan program perkongsian ilmu bahasa dan budaya Perancis, para peserta telah berjaya memperkenalkan teater Melayu yang dipersembahkan dalam bahasa Perancis kepada masyarakat Perancis setempat. Para pelajar juga memperkenalkan tarian Ketipang Payung disamping beberapa juadah Malaysia seperti serunding, dodol, maruku dan lain-lain lagi.
![]() |
Tarikh Input: 02/04/2019 | Kemaskini: 02/04/2019 | zulis
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia