UPM SERDANG - Hari pertama Seminar Ilmu Bedil dan Senjata Api Melayu telah berlangsung pada 6 November 2024 lalu, dan sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan oleh para pembentang yang mempunyai latar belakang berbeza, berkongsi kepakaran dan ilmu masing-masing dalam aspek ilmu bedil dan senjata api Melayu, termasuk evolusi senjata api, perisikan, serta persenjataan dalam sejarah orang Melayu.
Pembentang jemputan seminar hari pertama adalah Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad (Felo Perunding FBMK), Dr. Mohd Hasanuddin Mohd Yusof, Brig. Jen. Dato' Dr. Mohd Radzi Abdul Hamid (ATM), Mejar Johizan Halid (Muzium Tentera Darat), Ts. Muhammad Syafiq Mohd Zamshari (STRIDE) dan Dr. Azharuddin Mohamed Dali (UM).
Seminar yang disertai selain daripada warga UPM (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM, Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPM, Pusat Polis Bantuan & Keselamatan Universiti (APSeC), UPM) adalah peserta daripada Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Jabatan Muzium Negeri Sabah, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, agensi-agensi luar dan peserta persendirian. Menyerikan lagi seminar kita adalah kehadiran peserta paling cilik, Syed Abu Bakar Syed Ahmad Thani.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari Pertama Pembentangan Seminar Ilmu Bedil dan Senjata Api Melayu ini.
Tarikh Input: 06/01/2025 |
Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim
PERKONGSIAN MEDIA