
UPM SERDANG, 3 MAC 2025 – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya melaksanakan Gotong - Royong EKSA Siri 1 2025 yang melibatkan warga fakulti termasuk seluruh pelaksana dan pegawai akademik. Program ini diadakan sebagai langkah persediaan bagi pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2025 serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dalam aspek Kelestarian Alam Sekitar.
Aktiviti gotong-royong ini bermula pada jam 9.00 pagi dan dibahagikan kepada dua sesi utama, iaitu pembersihan kawasan luar fakulti pada sebelah pagi dan kawasan dalam fakulti pada sebelah petang. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memastikan persekitaran fakulti lebih bersih dan kondusif, tetapi juga bagi memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga fakulti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan persekitaran fakulti kekal bersih, selesa, dan selaras dengan prinsip kelestarian alam sekitar.


Tarikh Input: 03/03/2025 | Kemaskini: 03/03/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia