Gotong Royong EKSA Fakulti | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Gotong Royong EKSA Fakulti

Gotong Royong EKSA Fakulti

UPM SERDANG, 26 JUN 2024 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), meneruskan program EKSA 2024 dengan aktiviti gotong-royong pada 20 Jun 2024, yang bertujuan memperindah kawasan sekitar Muzium Warisan Melayu. Aktiviti ini turut menjadi persediaan bagi lawatan yang dijadualkan DYTM Raja Muda Selangor ke muzium tersebut pada 21 Jun 2024.

Dalam semangat kerjasama dan kebersamaan, staf fakulti dari pelbagai jabatan serta pelajar turut berganding bahu dalam membersihkan dan menyusun semula kawasan muzium untuk menyambut kedatangan istimewa DYTM Raja Muda Selangor. Kebersihan dan keindahan kawasan muzium adalah penting untuk menunjukkan penghargaan kepada baginda serta menjunjung tinggi warisan budaya yang menjadi fokus utama dalam EKSA tahun ini.

Terima kasih dan syabas kepada semua staf fakulti yang telah memberikan sumbangan, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program gotong-royong ini.

Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 25/06/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
S, (05:17:33pm-05:22:33pm, 16 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]