SERDANG, 10 September- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi sebuah kolej universiti swasta pada 9 September 2025. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kemungkinan menjalin kerjasama strategik melalui pelaksanaan program twinning serta pelesenan program Komunikasi FBMK di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana.

FBMK telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Zalina Mohd Kasim, Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), serta Dr. Julia Wirza Mohd Zawawi, Ketua Jabatan Komunikasi.
Perbincangan ini membuka ruang kepada peluang kerjasama akademik yang berpotensi tinggi dalam memperluaskan capaian program-program FBMK ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Tarikh Input: 10/09/2025 | Kemaskini: 10/09/2025 | amyra

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia