FBMK Terima Kunjungan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » FBMK Terima Kunjungan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu

FBMK Terima Kunjungan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu

UPM SERDANG, 7 JULAI 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 4 Julai 2025. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam merangka dan melaksanakan program bersama.

Kunjungan ini menerima kehadiran YBhg. Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Encik Azizul bin Ab. Hadi, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), dan Puan Samihah binti Muhamad Yunus, Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan), Unit Latihan dan Kerjaya.

Pihak FBMK pula diwakili oleh YBrs. Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad, Felo Perunding, FBMK; Puan Saliza Mustafa, Ketua Pentadbir, FBMK, dan Dr. Julia Wirza, Ketua Jabatan Komunikasi, FBMK.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif ini membuka peluang besar ke arah jalinan strategik antara FBMK dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, khususnya dalam aspek latihan dan pembangunan profesional penjawat awam negeri.

Tarikh Input: 07/07/2025 | Kemaskini: 07/07/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (10:34:26am-10:39:26am, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]