Delegasi daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengadakan sesi promosi seterusnya di Jinan. Mereka telah mengadakan sesi temuduga calon pelajar antarabangsa bagi program Trimester dan program PhD/Master serta mempromosikan program Trimester, Master Secara Kerja Kursus, dan Summer Camp.
Sesi promosi berlangsung di dua tempat utama iaitu Shandong University of Arts dan
XDF.CN Vision Overseas. Delegasi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di UPM khususnya di FBMK serta memperkenalkan program-program akademik yang ditawarkan oleh fakulti.
Tarikh Input: 15/07/2024 |
Kemaskini: 15/07/2024 | norhidayatul
PERKONGSIAN MEDIA