FBMK Global Gateway: Embracing China’s Belt And Road Initiative (BRI) 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » FBMK Global Gateway: Embracing China’s Belt and Road Initiative (BRI) 2024

FBMK Global Gateway: Embracing China’s Belt and Road Initiative (BRI) 2024

UPM SERDANG, 28 JUN 2024 - Delegasi daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengadakan sesi promosi pada hari pertama di Beijing pada 26 Jun 2024. Mereka telah mempromosikan program Trimester, Master Secara Kerja Kursus, dan Summer Camp. Sesi promosi berlangsung di dua tempat utama, iaitu Beijing Institute of Technology dan New Channel Future Abroad.

Delegasi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di UPM, khususnya di FBMK, serta memperkenalkan program-program akademik yang ditawarkan oleh fakulti. Usaha ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan akademik antara Malaysia dan China serta menyokong inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dianjurkan oleh China.

Tarikh Input: 27/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (06:02:24pm-06:07:24pm, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]