SERDANG, 27 Ogos- Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan Malaysia International Conference on Languages, Literatures and Cultures (MICOLLAC 2025) kali ke-13 di St. Giles Wembley Penang Hotel bermula 26 hingga 28 Ogos 2025.

Bertemakan “Bridging Words and Worlds: Dynamic Dialogues in Languages, Literatures and Cultures”, MICOLLAC 2025 menjadi platform akademik yang menghimpunkan sarjana, penyelidik dan pengamal industri dari pelbagai negara untuk membincangkan isu semasa berkaitan bahasa, kesusasteraan dan budaya dalam konteks global.
Majlis perasmian disempurnakan dengan penglibatan tokoh akademik serta pemimpin tempatan yang menekankan kepentingan dialog antara budaya sebagai pemangkin kepada persefahaman sejagat.

Turut hadir, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Wong Hon Wai, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang serta Prof. Dr. Hsu Ming Teo dari Macquarie University, Australia.
Dalam pada itu, persidangan ini dijangka membuka ruang kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan serta memperkukuh peranan UPM sebagai peneraju ilmu di peringkat global.
Tarikh Input: 27/08/2025 | Kemaskini: 27/08/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia