FBMK Anjur Bengkel Semakan Kurikulum Komunikasi | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » FBMK Anjur Bengkel Semakan Kurikulum Komunikasi

FBMK Anjur Bengkel Semakan Kurikulum Komunikasi

SERDANG, 26 Ogos- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Semakan Kurikulum Jabatan Komunikasi selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Ogos 2025 di D’Wharf Hotel & Residence, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seramai 20 ahli Jabatan Komunikasi terlibat dalam bengkel tersebut yang memberi fokus kepada semakan semula rangka kursus Bacelor Komunikasi.

Dalam pada itu, bengkel berkenaan menjadi medan penting untuk memperkukuh kurikulum pengajian agar lebih relevan dengan keperluan semasa industri komunikasi dan media, selari dengan aspirasi UPM dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi.

 

Tarikh Input: 26/08/2025 | Kemaskini: 26/08/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (12:56:50am-01:01:50am, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]