UPM SERDANG, 11 MAC 2025 - Pada 27 Februari 2025, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah menyertai Program My Future Journey 2025 anjuran ASPER UPM yang berlangsung di Kompleks Akademik E, UPM. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ASPER UPM mengenai pelbagai program yang ditawarkan oleh setiap fakulti di UPM.
FBMK diwakili oleh pasukan dari Pejabat Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar yang turut serta memberikan maklumat berkenaan program-program dan peluang akademik yang terdapat di fakulti kami.
Program seperti ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang untuk pelajar mengenali lebih mendalam tentang bidang pengajian yang ada dan membuat pilihan yang lebih tepat untuk masa depan mereka. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini, dan semoga lebih ramai pelajar dapat memanfaatkan peluang untuk menyertai program-program di FBMK!
Tarikh Input: 03/03/2025 |
Kemaskini: 11/03/2025 | amira.rahim
PERKONGSIAN MEDIA