ESCAPADE 2024: Chuxiong Normal University, China | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » ESCAPADE 2024: Chuxiong Normal University, China

ESCAPADE 2024: Chuxiong Normal University, China

Pada 12 Julai 2024, program ESCAPADE 2024 telah mencapai kemuncaknya dengan Majlis Penutupan yang berlangsung dengan lancar. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Saliza Mustafa, Ketua Pentadbir Fakulti, mewakili YBhg. Dekan FBMK.
 
Dalam majlis ini, cenderamata telah diserahkan kepada pegawai pengiring dari Chuxiong Normal University (CNU) China, iaitu Ma Yuanping, sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. “Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang. Kami berbesar hati juga mengalu-alukan FBMK untuk datang ke Chuxiong Normal University,” kata Ma Yuanping. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Ang Lay Hoon sebagai individu pengantara FBMK dan CNU bagi pelaksanaan program ESCAPADE 2024 ini. Seterusnya, sijil penyertaan telah disampaikan kepada para peserta yang berjaya menyelesaikan program ini dengan jayanya.
 
Para fasilitator yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam membantu menjayakan program ESCAPADE 2024 turut dihargai dengan pemberian sijil penghargaan. Majlis penutupan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya program, tetapi juga menyemarakkan semangat persahabatan dan kerjasama antara semua yang terlibat. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna!
 
May be an image of 1 person
May be an image of 2 people, dais and text
May be an image of 3 people, dais and text
May be an image of 8 people, people studying and dais
May be an image of 12 people
May be an image of 7 people and text
May be an image of 11 people, people smiling and text
May be an image of 9 people, flute, hospital and text
May be an image of 15 people, grass and text
 

Tarikh Input: 24/07/2024 | Kemaskini: 24/07/2024 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
S, (03:35:35pm-03:40:35pm, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]