DR. Paramasivam Harumkan Nama Malaysia Di Mauritius | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » DR. Paramasivam harumkan nama Malaysia di Mauritius

DR. Paramasivam harumkan nama Malaysia di Mauritius

PORT LOUIS (Mauritius), 18 Mac - Profesor Madya Dr. Paramasivam Muthusamy, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima Anugerah Khas Sijil Pengiktirafan Mauritius daripada Perdana Menteri Mauritius, Pravind Kumar Jugnauth dalam satu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-80 Mauritius Tamil League malam tadi.

Majlis turut dihadiri seramai 800 orang termasuk Timbalan Presiden Mauritius,  menteri-menteri, dif-dif kehormat, ahli pertubuhan badan-badan NGO Mauritius, para pensyarah, penderma dan orang ramai.

Pengiktirafan diberi kepada Dr. Param kerana sumbangannya di Mauritius selama 21 tahun di mana beliau telah berusaha mengembangkan ilmu kesarjanaan (Language and Culture) di Mauritius melalui pelbagai aktiviti seperti Penyelidikan dan Penerbitan, Seminar & Persidangan, Students Cultural Exchange Program, Foster Family Program, Malaysian Food Festival dan Entrepreneur tour.

Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau yang merupakan penerbitan UPM telah menjadi buku rujukan di universiti-universiti dan sekolah-sekolah di mauritius .

Dr. Param berkata beliau telah mengunjungi Mauritius sebanyak 50 kali, kali pertama pulau semasa beliau menjadi pelajar program Ijazah Bacelor UPM iaitu pada 1996.

"Perhubungan Malaysia-Mauritius diteruskan lagi semasa saya mula bertugas pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

"Perhubungan dua hala Malaysia-Mauritius masih berterusan bersama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar melalui pelbagai aktiviti pelajar," katanya.

Terdahulu sebelum majlis, Dr. Param membuat kunjungan hormat bertemu Presiden Mauritius, Prof. Dr. Ameenah Gurib-Fakim.

 

 

Tarikh Input: 05/05/2017 | Kemaskini: 05/05/2017 | ctsakinah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
B1566419410