
UPM SERDANG - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, telah mengadakan bengkel semakan semula kurikulum mega yang diadakan di Bilik Seri Amar. Bengkel ini dipimpin oleh Pengarah CADe-LEAD, UPM, Prof. Madya TS Dr. Wan Zuhainis Saad, bersama-sama dengan semua pensyarah dari FBMK.
Bengkel ini bertujuan untuk menilai dan memperbaiki kurikulum yang ditawarkan di fakulti, serta memastikan kesesuaiannya dengan perkembangan semasa dan keperluan industri. Penyertaan aktif dari semua pegawai akademik fakulti telah menyumbang kepada kejayaan bengkel ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan usaha dalam menjayakan bengkel semakan semula kurikulum ini. Semoga hasil dari bengkel ini akan terus meningkatkan kualiti pendidikan di FBMK dan memastikan program-program yang ditawarkan relevan dengan cabaran masa depan.


Tarikh Input: 03/12/2024 | Kemaskini: 03/12/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia