Bengkel Semakan Pencapaian KPI 2024 Dan Penetapan Sasaran KPI 2025 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Bengkel Semakan Pencapaian KPI 2024 dan Penetapan Sasaran KPI 2025

Bengkel Semakan Pencapaian KPI 2024 dan Penetapan Sasaran KPI 2025

8 JANUARI 2025, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Bengkel Semakan Pencapaian KPI 2024 dan Penetapan Sasaran KPI 2025 selama tiga hari yang berlangsung dari 3 hingga 5 Januari 2025 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel yang melibatkan ahli pengurusan FBMK bertujuan untuk menilai pencapaian sasaran kerja tahun 2024 dan merangka perancangan strategik bagi tahun 2025.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, pelbagai isu telah dibincangkan, termasuk pencapaian fakulti sepanjang tahun 2024, cabaran yang dihadapi, serta strategi-strategi baharu yang perlu diterapkan untuk meningkatkan mutu pengajaran, penyelidikan, dan perkhidmatan kepada pelajar dan warga fakulti. Selain itu, fokus utama juga diberikan kepada perancangan untuk memperkukuh hala tuju fakulti dan memastikan pelaksanaan agenda fakulti pada tahun 2025 lebih teratur dan efektif.

Bengkel ini merupakan sebuah langkah penting bagi memastikan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dapat terus berdaya saing dan memenuhi objektif jangka panjang yang ditetapkan, sekaligus memberi manfaat kepada seluruh warga fakulti dan komuniti akademik di UPM.

Tarikh Input: 08/01/2025 | Kemaskini: 08/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (04:12:03am-04:17:03am, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]