
UPM SERDANG, 7 FEBRUARI 2025 – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui Unit Penyelidikan, Jaringan Industri dan Masyarakat (PJINM), telah menganjurkan Bengkel Pitching Proposal di Bilik Seri Amar, FBMK pada 5 Februari 2025. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran penyelidik dalam menyampaikan idea serta cadangan penyelidikan secara berkesan kepada pihak berkepentingan seperti penilai, pembiaya, dan rakan penyelidikan.
Program ini dihadiri oleh semua penyelidik Universiti Digital Research Programme (UDRP) dan Putra Digital Research Programme (PDRP) di FBMK. Melalui sesi ini, peserta berpeluang memperkukuh teknik pembentangan, mengasah kemahiran komunikasi, serta menerima maklum balas membina bagi menambah baik proposal penyelidikan mereka.
Bengkel ini menampilkan Prof. Dr. Alyani Ismail, Pengarah PUTRA International Centre (i-PUTRA), sebagai penyampai utama. Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan FBMK, serta Prof. Madya Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Timbalan Dekan, Unit PJINM, FBMK.
Penganjuran bengkel ini selaras dengan komitmen FBMK dalam meningkatkan daya saing penyelidik serta memastikan penyelidikan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan relevan dengan keperluan semasa.


Tarikh Input: 07/02/2025 | Kemaskini: 07/02/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia