Bengkel Pemurnian Laman Web Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Bengkel Pemurnian Laman Web Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Bengkel Pemurnian Laman Web Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Pada 13 hingga 14 September 2023, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Laman Web Fakulti yang bertempat di Bilik ISO 1. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa laman web fakulti telah terlibat dalam sesi bengkel ini. Turut hadir memberikan taklimat mengenai pengurusan laman web adalah 2 orang wakil daripada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDec) iaitu Ketua Bahagian Komunikasi Multimedia, Encik Shafree Ahmad dan Ketua Seksyen Interaksi Manusia-Komputer, Puan Zurayawati Sulaiman.
Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan laman web fakulti sentiasa dikemas kini dan memastikan segala maklumat adalah yang terkini dan sahih untuk dijadikan sebagai rujukan pelawat luar yang ingin melayari laman web FBMK.
 
Mungkin imej 9 orang, Orang yang belajar dan teks
Mungkin imej 2 orang dan teks
 

Tarikh Input: 11/10/2023 | Kemaskini: 11/10/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeQAf~