Bengkel Harta Intelek FBMK, UPM Berlangsung Dengan Jayanya | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Bengkel Harta Intelek FBMK, UPM Berlangsung dengan Jayanya

Bengkel Harta Intelek FBMK, UPM Berlangsung dengan Jayanya

UPM SERDANG, 9 JUN 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Harta Intelek pada 3 Jun 2025 (Selasa) bertempat di L'apprenti, UPM. Bengkel ini telah berjaya memberi pendedahan dan kefahaman kepada para peserta berkenaan aspek-aspek penting dalam pengurusan serta perlindungan harta intelek.


Bengkel ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek), Putra Science Park, UPM. Beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan aspek penting pengurusan serta perlindungan harta intelek dalam konteks penghasilan modul pengajaran, inovasi, hasil penyelidikan dan warisan intelektual fakulti.


Fokus utama bengkel meliputi penghasilan modul pengajaran, inovasi, hasil penyelidikan dan warisan intelektual fakulti. Para peserta turut berpeluang mengikuti sesi pendaftaran harta intelek secara langsung bersama panel penceramah, dengan menggunakan komputer riba masing-masing.
Bengkel ini mencerminkan komitmen FBMK dalam memperkasa pengetahuan dan kesedaran warga fakulti terhadap kepentingan melindungi harta intelek dalam konteks akademik dan penyelidikan.

Tarikh Input: 09/06/2025 | Kemaskini: 09/06/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (04:13:29pm-04:18:29pm, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]