Bengkel Hala Tuju Program Mobiliti Dan Summercamp FBMK Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Bengkel Hala Tuju Program Mobiliti dan Summercamp FBMK Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan

Bengkel Hala Tuju Program Mobiliti dan Summercamp FBMK Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan

May be an image of one or more people and people smiling

MELAKA, 16 Februari 2026Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah berjaya menganjurkan Bengkel Hala Tuju Program Mobiliti dan Summercamp FBMK yang berlangsung selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Februari 2026, bertempat di Hotel Swiss-Garden Melaka.

Penganjuran bengkel ini bertujuan menjadi platform perbincangan strategik bagi memperkukuh perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program mobiliti serta summercamp di peringkat fakulti. Fokus utama perbincangan merangkumi penetapan hala tuju, penambahbaikan kerangka pelaksanaan, serta pemantapan kolaborasi bersama rakan strategik dalam dan luar negara.

Melalui sesi pembentangan, perbincangan kumpulan dan libat urus berfokus, bengkel ini turut menyokong agenda pengantarabangsaan FBMK dan Universiti Putra Malaysia secara menyeluruh, selari dengan aspirasi universiti ke arah peningkatan keterlihatan global serta pengayaan pengalaman antarabangsa warga fakulti dan pelajar.

FBMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran bengkel ini. Kejayaan bengkel ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program mobiliti dan summercamp yang lebih tersusun, berimpak tinggi dan mampan pada masa akan datang.

 No photo description available.
May be an image of text that says 'PPEDARE Key Insight: The primary mandate of the Postgraduate By bnggng students.eari students.eart early, Summer Camp is to prepare and attract createa direct directfimo funnel international candidates. This is not merely for internatio- TIRACT s a strategic an experiential visit; it is nal talent recruitment recruitment mechanism. nesbooL'
May be an image of studying and text
May be an image of ‎text that says '‎GRAM AMP DAN ጌ 12 W0 2 ا‎'‎
May be an image of dais and text
 
 

Tarikh Input: 24/02/2026 | Kemaskini: 24/02/2026 | adibfikri

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (06:44:16am-06:49:16am, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]