BENGKEL C4D | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » BENGKEL C4D

BENGKEL C4D

Bengkel Capacity Development Workshop on Communication Development (C4D) telah diadakan pada 21 hingga 23 Ogos lepas bertujuan membincangkan perancangan strategi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi kanak-kanak.

Pengisian bengkel ini merangkumi penekanan terhadap teori penting berkaitan komunikasi, pembangunan, budaya, tingkahlaku dan perubahan sosial. Ia dianjurkan oleh The United Nations Children’s Fund (UNICEF) dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Bengkel ini bukan sahaja disertai oleh Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan International University of Malaya – Wales (IUMW) dan badan-badan kerajaan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan Kementerian Kesihatan Malaysia, malah turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan Majlis Dakwah Negara.

Tarikh Input: 05/09/2017 | Kemaskini: 05/09/2017 | em_emiliza

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdIAn~