Balik Tabir Penggambaran Bagi Program Siswazah Dalam Penyelidikan 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Balik Tabir Penggambaran bagi Program Siswazah dalam Penyelidikan 2024

Balik Tabir Penggambaran bagi Program Siswazah dalam Penyelidikan 2024

UPM SERDANG, 30 MEI 2024 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan penggambaran promosi untuk kursus program baharu di peringkat Master dan PhD dalam Bahasa Jepun. Program ini merupakan inisiatif terbaru dari unit siswazah untuk memperluaskan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

Sesi penggambaran yang berlangsung di sekitar kawasan UPM ini melibatkan penyertaan dua pelajar mobiliti dari Jepun, pensyarah, dan staf dari unit siswazah. Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan program baharu tersebut kepada bakal pelajar dan meningkatkan kesedaran mengenai peluang pendidikan tinggi dalam bidang Bahasa Jepun yang ditawarkan oleh UPM.

Dengan adanya program ini, UPM berharap dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk mendalami bahasa dan budaya Jepun serta memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Jepun.

Tarikh Input: 30/05/2024 | Kemaskini: 30/05/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (10:40:04am-10:45:04am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]