
UPM SERDANG - Audit lokasi bagi program Master secara Kerja Kursus (MSKK) MAL di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM telah dijalankan pada 21 Oktober 2024 di Bilik Iso 1, FBMK.
Proses pengauditan dikendalikan oleh panel audit, Prof. Madya Dr. Wahiza Wahi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dengan dibantu oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA).
Agenda audit melibatkan sesi temu ramah bersama staf akademik dan pentadbiran, pelajar dan alumni, semakan dokumentasi, serta lawatan ke kemudahan fasiliti.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pihak yang terlibat sepanjang proses pengauditan ini berlangsung.


Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia