Audit Lokasi Bagi Audit Pengekalan Program Master Bahasa Melayu (MBM) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Audit Lokasi bagi Audit Pengekalan Program Master Bahasa Melayu (MBM)

Audit Lokasi bagi Audit Pengekalan Program Master Bahasa Melayu (MBM)

UPM SERDANG, 10 FEBRUARI 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan Audit Lokasi bagi Audit Pengekalan Program Master Bahasa Melayu (MBM) secara Kerja Kursus (MSKK) pada 6 Februari 2025. Proses pengauditan berlangsung di Bilik ISO 1, FBMK, dengan tujuan memastikan kualiti dan pematuhan program terhadap piawaian akademik yang ditetapkan.


Audit ini dikendalikan oleh panel audit, Prof. Madya Dr. Maslinda Yusoff daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan sokongan daripada pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM. Sepanjang sesi audit, pelbagai aspek telah diteliti, termasuk sesi temu bual bersama staf akademik, pentadbiran, pelajar, dan alumni bagi mendapatkan maklum balas berkaitan program. Selain itu, panel turut meneliti dokumentasi berkaitan serta menjalankan lawatan ke kemudahan fasiliti bagi memastikan program memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.


Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang proses pengauditan ini. Semoga hasil daripada audit ini dapat memperkukuh kecemerlangan akademik dan mempertingkatkan mutu program Master Bahasa Melayu di FBMK, UPM.

Tarikh Input: 10/02/2025 | Kemaskini: 10/02/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (07:27:12pm-07:32:12pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]