
UPM SERDANG, 3 MEI 2025 – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Audit Dalaman Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 pada 28 hingga 29 April 2025.
Audit yang diketuai oleh Pn. Arba’ah binti Md Salleh dari Institut Biosains ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti fakulti, memastikan pematuhan terhadap keperluan standard MS ISO 9001:2015, serta memperkukuhkan budaya kualiti dalam aspek pengurusan akademik dan pentadbiran.
Sepanjang audit berlangsung, semua warga fakulti telah memberikan kerjasama yang baik termasuk dalam penyediaan dokumen, pengemaskinian rekod kualiti, serta penglibatan aktif dalam sesi semakan dan temuduga audit.
Audit ini menjadi salah satu inisiatif penting FBMK dalam memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa relevan, berkesan dan seiring dengan keperluan semasa pendidikan tinggi.


Tarikh Input: 03/05/2025 | Kemaskini: 03/05/2025 | amisya

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia