
UPM SERDANG, 8 MEI 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Audit Dalaman PTJ bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) selaras dengan keperluan standard ISO/IEC 27001:2013 pada 7 Mei 2025 (Rabu) bertempat di Bilik ISO 1, FBMK.
Audit ini telah dikendalikan oleh Encik Syed Izaharudden Syed Isa (HSAAS) selaku Juruaudit Dalaman ISMS PTJ. Tujuan audit ini adalah untuk menilai keberkesanan sistem pengurusan keselamatan maklumat fakulti, memastikan pematuhan terhadap keperluan piawaian ISO/IEC 27001:2013, serta mengukuhkan tahap keselamatan maklumat dalam operasi pengurusan dan pentadbiran. Sepanjang audit berlangsung, warga fakulti telah memberikan kerjasama yang sangat baik termasuk dalam aspek dokumentasi, pemantauan kawalan keselamatan maklumat, dan penglibatan dalam sesi semakan serta temuduga audit.
Audit ini mencerminkan komitmen berterusan FBMK dalam memastikan pengurusan keselamatan maklumat berada pada tahap yang tinggi dan selari dengan keperluan semasa institusi pendidikan tinggi.


Tarikh Input: 08/05/2025 | Kemaskini: 08/05/2025 | amisya

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia