Arabic Language Associations Congress (ArLAC) 2025 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Arabic Language Associations Congress (ArLAC) 2025

Arabic Language Associations Congress (ArLAC) 2025

 
UPM SERDANG, 19 MEI 2025 - Seramai 5 orang pelajar Bacelor Sastera Bahasa Arab FBMK dan para peserta dari pelbagai universiti dalam dan luar negara telah menyertai Arabic Language Associations Congress (ArLAC) 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 10 hingga 11 Mei 2025.
 
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Al-Quran (IQRA’), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Kelab Nadi Al-Ibtikar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan telah berlangsung di Ar-Riyadah Residence serta Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA.
 
ArLAC merupakan platform julung kali dianjurkan bagi menghimpunkan wakil-wakil persatuan bahasa Arab dari universiti tempatan dan antarabangsa. Program ini memberi tumpuan kepada perkongsian idea, forum ilmiah dan sesi persidangan yang menyentuh topik seperti peluang kerjaya dalam bidang bahasa Arab serta kebolehpasaran graduan dalam dunia profesional. Penganjuran ini telah membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara institusi, selain memperkasa peranan mahasiswa dalam penguasaan dan pengaplikasian bahasa Arab secara holistik.
 
Semoga program seperti ArLAC dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah tahunan untuk memperkukuh jaringan akademik, memartabatkan bahasa Arab, dan memperluas lagi ruang pembelajaran antarabangsa dalam kalangan mahasiswa.
 

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (11:19:28pm-11:24:28pm, 21 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]