Anugerah Tokoh Bahasa Terengganu 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Anugerah Tokoh Bahasa Terengganu 2024

Anugerah Tokoh Bahasa Terengganu 2024

UPM SERDANG - Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz atas penganugerahan Anugerah Tokoh Bahasa Terengganu 2024, yang disampaikan dalam majlis Anugerah Bahasa Terengganu dan Penangguhan Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Awam Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 31 Oktober 2024.


Pengiktirafan ini adalah suatu penghormatan istimewa kepada pakar bahasa dan cendekiawan dari pelbagai bidang, khususnya bagi anak kelahiran Terengganu, yang telah banyak berbakti dalam menyemarakkan ilmu dan memajukan pemikiran masyarakat. Anugerah ini mengiktiraf sumbangan besar mereka dalam memartabatkan bahasa dan peradaban bangsa, baik di Terengganu mahupun di peringkat nasional.

Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (12:56:31am-01:01:31am, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]