Anugerah Tiktok 2025: Pengumuman Perkhidmatan Awam | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Anugerah Tiktok 2025: Pengumuman Perkhidmatan Awam

Anugerah Tiktok 2025: Pengumuman Perkhidmatan Awam

UPM SERDANG, 13 JANUARI 2025 – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Tiktok Award 2025: Public Service Announcement pada 10 Januari 2025 di Auditorium Za'ba FBMK, UPM. Program ini dianjurkan oleh pelajar Subjek Media, Komunikasi dan Teknologi (KOM3305) dari Jabatan Komunikasi dengan kerjasama FBMK, Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan Radihyah.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Jabatan Komunikasi, Dr. Julia Wirza Mohd Zawawi, cik Ma Dexiang (Wakil Penaja oleh Radiyah), ahli pengurusan FBMK dan para pensyarah. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar FBMK, UPM menggunakan media dan teknologi secara kreatif serta menghasilkan video pendek TikTok yang berkualiti dan memberi manfaat kepada orang ramai. Selain itu, ia menjadi platform untuk pelajar mengasah kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan kandungan bermutu tinggi yang berguna untuk dikongsi bersama rakan-rakan universiti. Inisiatif ini juga menyokong aspirasi pendidikan negara dalam melahirkan modal insan bertaraf dunia. 


Kerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad dan Radihyah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini, terutamanya dalam memberikan sokongan sumber dan penajaan yang memastikan kelancaran acara. Para peserta yang berjaya menghasilkan video terbaik menerima hadiah utama, RM150, yang diberikan di penghujung acara. Program ini bukan sahaja menarik perhatian ramai, tetapi juga diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif serupa pada masa hadapan untuk memupuk kreativiti dan kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa UPM. 

Tarikh Input: 13/01/2025 | Kemaskini: 13/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (04:01:44pm-04:06:44pm, 13 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]