21 Julai 2023 | FALCOMM: Jelajah Selatan Thailand (JST) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » 21 Julai 2023 | FALCOMM: Jelajah Selatan Thailand (JST)

21 Julai 2023 | FALCOMM: Jelajah Selatan Thailand (JST)

21 Julai 2023 | FALCOMM: Jelajah Selatan Thailand (JST) sedang berlangsung di mana para perserta yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan diiringi 5 pensyarah dan staf Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menjalani program mobiliti selama dua minggu.
Minggu pertama program akan dilaksanakan secara maya dengan pengisian program bersiri harian bermula 17 Julai - 21 Julai 2023. Hari ini merupakan hari ke-empat program secara maya berlansung dan pelbagai perkongsian telah dilaksanakan oleh para peserta (JST) yang melibatkan penyertaan pelajar dari beberapa universiti dalam dan luar negara.
Minggu kedua program, bermula 23 Julai - 31 Julai 2023, kesemua perserta JST akan berada di Thailand untuk melaksanakan program mobiliti antara dua universiti, Universiti Putra Malaysia dan juga Walailak University, Thailand. Pelbagai program yang dirancang bagi pengisian aktiviti sepanjang 7 hari di Thailand, antaranya, Seminar Antarabangsa: Pemartaban Bahasa Melayu 2023 (SAPBM), Program Kesukarelawanan JST bersama pelajar Maahad Islamiyah, Program Kesukarelawanan Penanaman Paya Bakau dan lawatan pertukaran budaya dia sekita Pattani, Hat Yai dan Narathiwat.
 
 

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeWAW~