Workshop Get Yourself Ready For Interview | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Workshop "Get Yourself Ready For Interview"

Workshop "Get Yourself Ready For Interview"

13 Mei 2023 - Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menganjurkan bengkel temuduga bertujuan mendedahkan pelajar tahun akhir kepada aspek dan teknik menulis resume yang menarik dan berkesan apabila memohon pekerjaan. Mock interviews juga diadakan untuk meningkatkan keyakinan diri semasa proses temuduga. Bengkel separuh hari yang bertajuk, “Get Yourself Ready for Interview”, telah dijalankan pada 13 Mei 2023 bertempat di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 40 peserta.
 
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Hasarus Zulhusni bin Hassan dari UTAC Manufacturing Services Malaysia Sdn. Bhd., pegawai di Jabatan Sumber Manusia yang berpengalaman luas serta merupakan Jurulatih HRD Corp yang berkelayakan. Dalam bengkel tersebut, Encik Hasarus Zulhusni menawarkan panduan menyeluruh mengenai penyediaan temuduga daripada proses awal meneliti latar belakang syarikat sehingga kepada teknik dan strategi untuk membantu peserta menyerlah dalam sesi temuduga. Aktiviti yang berbentuk praktikal seperti mock interview membantu calon mempertimbangkan jawapan bernas kepada soalan temuduga yang biasa diajukan dan berlatih memberikan impak positif dalam penampilan diri semasa proses temuduga.

Tarikh Input: 22/05/2023 | Kemaskini: 22/05/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SWMEEAY:04:10